Rabu, 17 Julai 2013

Niat Dan Cara Qadakan Solat Fardhu 5 Waktu.



Kod Rujukan Soalan

yhddb

Soalan : 


Bagaimanakah cara meng qada kan solat fardhu 5 waktu yang terlepas atau tinggal dengan sengaja.. 

1 ) apakah cara qada kan solat tersebut?
2) niat qada kan solat??
3) saya terlepas solat subuh?? bagaimana mana qada kan?? apa waktu yang sesuai?? harap ustaz jelas satu per satu... mudah bagi saya faham..

Jawapan : 


Assalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

1.         Solat fardu yang tertinggal atau tidak didirikan pada waktunya perlu diganti (qadha’). Cara melakukannya adalah sama seperti solat fardu yang telah ditinggalkan. Sebagai contohnya, jika tertinggal Solat Zuhur yang mempunyai 4 raka’at, maka solat qadha’ bagi Solat Zuhur tersebut juga mestilah sama seperti Solat Zuhur yang didirikan dalam waktunya. Apa yang membezakan di antara kedua solat ini hanyalah pada niatnya sahaja (di dalam takbir; Ada’an/Qadha’an).

2.         Niat Qadha’ bagi solat fardu lima waktu:


1.   Solat Subuh:
“Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta'ala”

2.   Solat Zuhur:
“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta'ala”

3.  Solat Asar:
“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta'ala

4.   Solat Maghrib:
“Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

5.  Solat Isyak:
“Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

3.       Disini ada dua cara untuk qada,  pertama jika seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah tinggalkan solat fardhunya, maka qadakanlah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya.

Cara kedua adalah bagi yang tidak tahu secara detail berapa banyak yang telah ditinggalkannya, yakni semenjak akil baligh, buatlah anggaran berapa banyak solat yang perlu diqada dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah diqada kesemuanya. Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu lakukan solat qada, buatlah berterusan begitu moga-moga diterima Allah.

Selain itu ada juga orang bertanya,  jika ditakdirkan meninggal sebelum sempat mengqada semua solat itu (tetapi sudah buat solat taubat) bagaimana?

Soal jika meninggal sebelum sempat mengqada kesemua solat itu, semuanya bergantung pada Allah, akan tetapi jika kita telah benar2 insaf dan niat untuk qada kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah, insyaAllah akan diampuni dosa-dosanya. Untuk pengetahuan semua, qada solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan daripada Allah SWT.
Wallahualam..